Ingatlah ... sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian ...

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Thursday, September 23, 2010

UPSR 2010


Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan UPSR 2010 hanya menanti hasilnya sahaja . Kalau tahun lepas aku tak kena jadi pengawas peperiksaan tahun ni tak dapat lari .... timbalan ketua pulak tu . Kalau nak dikira - kira dah dekat 10 tahun aku jaga UPSR sejak pindah ke SK Bukit badong ni penghujung 1995 lalu . Tak kisah lah bukankah ianya sebahagian daripada tugasan seorang guru dan ianya adalah " rasmi " . Anyway good luck and all the best kepada semua calon yang mengambil UPSR tahun ini semoga beroleh kejayaan yang cemerlang . Sekali gagal bukannya bererti gagal untuk selamanya . Think positive !!!

Sunday, April 4, 2010

Cemerlang tidak semestinya terbilang


Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya . 2010 pula dah masuk bulan April . pejam celik dah hampir 4 bulan berlalu .... Anak aku yang sulung dah pun Tingkatan 1 . Dapat 5A tapi dok belajar di sekolah biasa . Sekolah Agama Rendah dapat Mumtaz ... pun tak ke mana . Hajat hati nak masukkan ke SMKA tapi tak kesampaian maklumlah aku ni bukan kaki " panjat memanjat " menagih simpati dari orang tertentu . Kat SMKA ramai yang dapat 4A .... camna ye boleh terlepas . Agaknya SMKA bukan untuk anak - anak yang cemerlang kot ? Tapi tak kisah la kalau dah rezeki anak aku kat sekolah biasa sekurang kurangnya nampak depan mata dan mudah memantau pergerakan nya . Aku bukannya jelous tapi confuse dengan sistem pendidikan yang aku dok perjuangkan selama ini . Kena pulak aku ni bekas JU yang terlibat dengan perubahan sukatan pelajaran satu masa dulu ..... isk isk Ada gak kengkawan aku yang cikgu , anak cemerlang tapi habuk pun tarak . Ada sorang tu siap ikut program permata pintar lagi ...... ala Isteri PM punya program ...... Anyway tahniah kepada semua pelajar yang berjaya ke SBP /SBPI / MRSM dan yang sewaktu dengannya .... pastikan kalian benar - benar cemerlang dan jangan sesekali memalukan mak bapak !

Friday, January 29, 2010

Aku Naik Pangkat laaaa


Kalau tahun tahun sebelum ni aku hanya bertindak sebagai ajk badan disiplin , tahun ni aku jadi ketua la pulak selepas lebih 13 tahun yang lalu , aku last jadi guru disiplin kat sk taman cuepacs , cheras . Dulu muridnya hampir 3000 orang aku boleh handle tapi kat sini tak sampai 1000 dah macam macam kerenah . Soalnya ialah mak bapak sekarang susah nak terima kenyataan anaknya buat salah . Rasanya bekas - bekas anak murid aku kat sk taman cuepacs lebih tahu dan faham apa yang aku perkatakan terutamanya yang biasa ' kena bagi hadiah istimewa ' dengan aku dulu . Dengar cerita semua yang pernah kena dulu jadi manusia berguna walaupun cukup lepas diri sendiri . Yang penting jadi manusia and rezeki tu halal . Bila fikir - fikir balik tension jadi guru disiplin ni . Yea la macam polis tak bergaji asyik cari salah orang je . Well tugas tetap tugas kerana yang penting niat aku nak menjadikan anak didikku insan yang berguna dunia akhirat dan mecegah sesuatu yang tak sepatutnya berlaku sebelum terlambat !

Tuesday, November 3, 2009

Kalian sentiasa dalam ingatanku .....


Hari demi hari usia kian bertambah . hari demi hari jua anak muridku kian dewasa . Kalau dulu anak kecil yang dahagakan ilmu . Hari ini sudah jadi " manusia " . Masing - masing dengan kerjaya tersendiri . Ada yang berjawatan tinggi dan tidak kurang juga sekadar lepas diri sendiri . Tapi tak apa nasib dan perjalanan adalah ketentuan illahi . Jangan sekali - kali dikesalkan kerana setiap suatu itu ada hikmahnya . SK Dato' Manan , SMK Bdr Baru Salak Tinggi , SRJK(C) Damansara Bahru , SK Bukit Kerayong , SK Taman Cuepacs dan di sini SK Bkt Badong ......... sekadar menambah koleksi catatan sejarah hidupku . Apa jua kerjaya ... aku tumpang gembira sekiranya ianya menjurus ke arah kebaikan dan turut bersedih andainya ada yang tersungkur sebelum sempat berjuang ..... Doaku agar kalian tabah menghadapi rencah kehidupan . andainya kalian terbaca catatan ini .... bermakna kalian masih mengingatiku biarpun suatu ketika dahulu pernah merasa berbagai hadiah sebagai pengajaran dan bekalan di hari mendatang . Aku insan yang pernah kalian kenali dahulu dan selamanya .......

Haji Mohd Zaini Abdul Samad / Ustaz Mohd Zaini / Sir Mohd Zaini ....... di SK bukit Badong , 45600 Bestari Jaya , Selangor .

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya


Aidil Fitri datang lagi dan begitulah ceritanya sebagaimana tahun terdahulu ... umat Islam bermaaf - maafan tanpa mengira usia tua atau muda . Bagiku kehadiran Aidil Fitri 1430 H menggamit kembali kenangan silam pemergian nendaku tercita pada hariraya keempat 1994. Kalau dicongak - congak dah hampir 15 atau 16 tahun kembali ke sisi Tuhan Yang Maha Esa . Aku yang masih bernyawa ni entah bila pula gilirannya ..... Namun aku tetap bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa yang diwajibkan kepada semua umat Islam dan juga menunaikan zakat fitrah untuk diriku dan tanggungganku . Bercerita tentang Hari Raya , nampak sangat perbezaannya zaman aku kecil dahulu dengan zaman semasa ... pastinya nostalgia silam sukar untuk dilupakan . Tapi apakah aku mampu mengubah sejarah dan menikmati keindahan yang telah lama ditinggalkan ?

Monday, September 7, 2009

UPSR 2009


Hari 08/09/2009 bermulalah perjuangan terakhir bagi anak - anak didikku yang di Tahun Enam setelah enam tahun menimba ilmu serta bersengkang mata menelaah pelajaran . Masa yang ditunggu - tunggu tiba jua bagi membuktikan bahawa perguruan selama benar - benar berbaloi . Aku turut merasakan debarannya kerana anak sulungku turut sama berjuang bagi merealisasikan sebuah impian dan tiket penentu sebuah kesinambungan kembara ilmu yang pastinya tiada bertitik noktah . Bezanya di mana dan bagaimana ? Saban hari aku berdoa agar kejayaan menjadi miliknya . Bagiku tiada yang lebih indah dan berharga apabila melihat senyuman kejayaan dari wajahnya . Namun apa yang pasti sebagai seorang guru , anakku bukannya seorang tetapi semua yang bergelar pelajar Tahun Enam . Pastinya doaku sentiasa mengiringi kalian ... percayalah !

Friday, September 4, 2009

Salam Untuk Semua

Ramadhan datang lagi dan tanpa disedari ianya telah menghampiri pertengahannya . Jika diawalnya kita mendapat rahmat , maka dipertengahan pula keampunan dan moga - moga diakhiri dengan kejayaan dan kemenangan ( dunia dan akhirat ) . Bagi yang berpuasa genap sebulan ( setakat artikel ini ditulis 15 Ramadhan )... bersyukurlah di atas nikmat yang diberikan dan bagi yang selalu " tuang " muhasabahlah diri ; x - ray lah hati kerana apa yang Allah janji tentang dosa dan pahala adalah benar belaka . Jangan bila kita kembali kepada Nya tanpa membawa sebarang bekalan pahala yang boleh menyelamatkan diri daripada siksa dan azab kubur ... apatah lagi Neraka ( na'uzubillah min za lik ! ) . Bagi seluruh Umat Islam khususnya yang pernah masuk ke laman Anak Banjar ..... barilaan la kita amun ada yang tasilap bahasa tasantuh hatinya dunia akhirat . Lagin kita nih kan kulaan seberataan ....