Ingatlah ... sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian ...
Saturday, December 20, 2008
Cerita seorang " mahasitua " ( mahasiswa )
Banyak yang perlu dilakukan bagi mengembalikan semula ' semangat ' belajar setelah hampir dua dekad mendidik anak bangsa . Perasaanku berbaur dengan berbagai persoalan . Mampukah aku menruskan perjuangan sehingga bergelah siswazah ? Well you don't know what will happened unless you try !
Friday, October 31, 2008
Sekolah dah dekat nak cuti .......

Monday, September 29, 2008
Raya la pulak .....
Sesungguhnya setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza tentang Hari Raya so ... tak kisahlah janji raya beb ..... aku ..... well kalau dengar lagu raya tak berapa sedih sangat tapi bila dengar lagu - lagu Pergi Tak kembali - Rabbani 'n' Salam Terakhir - Sudirman , pasti menusuk kalbu ..... Maaf Zahir Bathin ......
Tuesday, August 5, 2008
Mari fikirkan bersama ....

Monday, August 4, 2008
Doa Selepas Solat

Sunday, July 27, 2008
Mohd Azrin Bin Abdul Samad ( 09.09.1990 - 27.07.2008)

Yen ...
Kini kau kembali kepada sang Pencipta , Yang Maha Esa . Sedangkan aku masih bergelut dengan sisa hidup yang entah bila bertemu titik noktahnya . Allah lebih menyayangimu , lantas kau dijemputNya tika usiamu menginjak dewasa . Kau beruntung adikku . Tidak perlu menambah bebanan serta dosa , pahala yang kau kumpul menjadi perisai di negeri abadi .
Yen ...
Abangmu ini hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam sana . Apa yang pasti suatu hari abangmu dan seluruh keluarga pasti akan menyusul jua , bila tiba saat itu ....... Kau akan sentiasa menghiasi kamar hidupku , sekali dan selamanya ..

Saturday, July 26, 2008
Thursday, July 24, 2008
Tuesday, July 22, 2008
Mengapa Manusia sering lupa ... ?

Serba salah la pulak ...

Thursday, July 10, 2008
Fikirkan ...
Tuesday, July 8, 2008
Al Kindi

Monday, July 7, 2008
Al Farabi

Nama beliau amat sinonim dengan bidabg falsafah , mantik , sosiologi dan sains . Di barat beliau dikenali sebagai Al Pharabius yang terkenal sebagai 'Guru Kedua ' ( Al Mua'llim Al Thani ) . Sementara ' Guru Pertama ' ialah Aristotle .
Beliau turut mengarang tentang muzik ' Kitab Al Musiqa ' yang amat terkenal . Beliau bukan sekadar pandai bermain alat muzik tetapi turut membuat penemuan baru alat muuzik seperti ' qanun ' , lat muzik yang mempunyai banyak tali .
Biarpun sibuk dengan tugasnya , Al Farabi seorang yang halus sifatnya . baik dari segi tutur kata dan perbuatan. Beliau tidak pernah atau mudah menyakiti hati orang lain . Sebaliknya beliau mudah untuk diajak berbicaradan meluahkan apa jua pandangan .
Ibnu Sina
Karya beliau yang laian ialah dDannesh Nameh , yang ditulis dalam Bahasa Farsi , Uyun Al Hikmah , Kitab An Najah dan As Syifak An Najri . Ibnu Sina belajar ilmu perundangan Islam daripada Ismail Al Zahid , seorang ulama terkenal pada zaman itu dan belajar ilmu Hisab dan Geometri daripada Mahmud Al Masah , seorang pekedai di tempat kediaman beliau . Beliau turut belajar ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Al Natali .
Sunday, July 6, 2008
Taman Asuhan Untuk Suami Malang
Kita sudah biasa mendengar tentang taman asuhan kanak - kanak , tapi bagaimana pula dengan taman asuhan untuk para suami ? Untuk pengetahauan anda , sebuah bar di Hamburg , Jerman telah dijadikan taman asuhan sedemikian .
Dengan hanya E$11.80 , wanita - wanita di bandar raya itu boleh meninggalkan suami mereka di Noxbar , bagi membolehkan mereka pergi membeli belah dengan aman tanpa perlu mendengar si suami merungut , mengeluh dan membebel . Dengan cara itu , si isteri boleh membeli belah dengan tenang manakala si suami pula dapat bersantai , minum - minum serta berehat dengan rakan - rakan yang senasib .
Setiap lelaki yang dihantar ke bar tersebut akan diberikan lencana dan makanan , dua gelas bir serta menonton telivisyen . Dua orang jururawat terlatih ditugaskan menjaga lelaki - lelaki berkenaan . Berdasarkan sambutan hangat yang diberikan oleh warga Hamburg , ' Maennergarten ' dirancang untuk dikembangkan lagi operasinya ke kota - kota lain di seluruh dunia bagi menangani tekanan membeli belah yang dihadapi oleh lelaki dan wanita .
Pada minggu pertama pembukaannya pada Oktober 2003 , Maennergarten telah mendapat sambutan hangat apabila 27 orang wanita meninggalkan pasangan mereka di Noxbar pada hari Sabtu . Lelaki - lelaki itu diambil semula pada pukul 6.00 petang untuk membawa barang - barang yang dibeli oleh pasangan masing - masing . Siapa yang untung sebenarnya ?
( Petikan dari sebuah artikel di Majalah Mastika keluaran April 2008 , mukasurat 62 . )
Saturday, July 5, 2008
Pepatah Petitih

Ex Hamidians 1980 - 1982 ( SRP ) / 1984 ( SPM )
Kepada Ustaz Ghazali ..... sesungguhnya segala penat lelah serta kesabaran anda sebagai warden dan guru dalam mendidik kami , begitu bermakna buat kami . Tiada apa yang lebih tinggi nilainya daripada ungkapan ' terima kasih ' ustaz / cikgu @ ayah ..........
Thursday, July 3, 2008
Kenapa ? Tak Percaya .....

" Ala ... amun handaq tuh , kawak hajak ...."
Banjar Tanjong Karang
Blok G2 Sawah Sempadan
Tuesday, July 1, 2008
Rukun Negara
National Philosophy Of Education

e-Solat

Firman Allah SWT :
" Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah ( lagi bakhil kedekut ) . Apabila ia beroleh kesenangan , ia sangat bakhil , kedekut ; kecuali orang yang mengerjakan Solat " .
Monday, June 30, 2008
Cuba renungkan seketika ....

Thursday, June 26, 2008
Berjual Pisang Pada Monyet

" English idioms and metaphors are easier to understand ", said a Malay professor of languages . " Like a dog in the manger , for example . But why the Malays say seperti katak di bawah tempurung?" remarked the professor .
" There are frogs in England , and taoads of various kinds " , kata saya . But there are no coconuts there , and therefore , the English do not know much about the coconut shells . Otherwise they might have the same metaphor like a frog under the coconut shell . It implies the same meaning as " like a dog in the manger " .
Adapun makna dan maksud bidalan menjual pisang kepada monyet ialah jikalau seseorang yang berniaga memberi hutang kepada sebarang barang yang dijualnya , tetapi tiada harapan akan menerima harganya .
Pak Sako , Pepatah Petitih Jilid 2 , 1989 , Creative Enterprise Sdn Bhd .
Dialah ibuku
Ke Makam Bonda .
Kami mengunjungi pusara bonda ,
Sunyi pagi disirami suria ,
Wangi berseri puspa kemboja ,
Menyambut kami mewakili bonda ,
Tegak kami di makam sepi ,
Lalang - lalang tinggi berdiri ,
Dua nisan terkapar mati ,
Hanya papan dimakan bumi .
Dalam kenangan kami melihat ,
Mesra kasih bonda menatap ,
Sedang lena di dalam rahap ,
Dua tangan kaku berdakap .
Bibir bonda bersih lesu ,
Pernah dulu mengucupi dahiku ,
Kini kurasakan kasihnya lagi ,
Meski jauh dibatasi bumi ,
Nisan batu kami tegakkan ,
Tiada lagi lalang memanjang ,
Ada doa kami pohonkan ,
Air mawar kami siramkan .
Senyum kemboja menghantar kami ,
Meninggalkan makam sepi sendiri ,
Damailah bonda dalam pengabdiaan ,
Insan kerdil mengadap Tuhan ,
Begitu bakti kami berikan ,
Tiada sama bonda melahirkan ,
Kasih bonda tiada sempadan ,
Kemuncak murni kemuliaan insan .
( Sajak Karya Usman Awang )
Permata
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri ,
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita ,
Untuk kau beliti dengan kelembutan ,
Untuk kau hargai dengan kasih sayang .
Kuingin kau jadi wanita mulia ,
Yang tahu harga budi dan hati ,
Seorang lelaki bernama suami ,
Kerana kau isteri ,
Kuingin kau mengerti ,
Bahawa hidup ini ..... tak semudah yang kita janjikan ,
Yang kita janjikan .... kerana kau isteriku ....
( terima kasih sayangku .... kerana telah melahirkan anak - anak yang comel sebagai penyambung warisan ...Kepada anak - anakku ... Ain Farhana , Ain Fateha dan Muhammad Lutfi .... kalian sumber ilhamku )
Warisan Bangsa
Warisan .....
Di sini lahirnya sebuah cinta ,
Yang murni abadi sejati ,
Di sini tersemai cita - cita ,
Bercambah menjadi warisan .
Andai ku terbuang tak diterima ,
Andai aku disingkirkan ,
Ke mana harusku bawakan ,
Ke mana harus kusemaikan ,
Cinta ini ........
Betapa di bumi ini ku melangkah ,
Ke Utara , Selatan , Timur dan Barat .... kujejaki .
Aku bukanlah seorang perwira ,
Gagah menghulur senjata ,
Namun aku rela berjuang ,
Walau dengan cara sendiri ,
Demi cinta ini .....
Kuingin kotakan seribu janji ,
Sepanjang kedewasaan ini ,
Kuingin sampaikan pesanan ,
Akulah penyambung warisan .