Ingatlah ... sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian ...

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya


Aidil Fitri datang lagi dan begitulah ceritanya sebagaimana tahun terdahulu ... umat Islam bermaaf - maafan tanpa mengira usia tua atau muda . Bagiku kehadiran Aidil Fitri 1430 H menggamit kembali kenangan silam pemergian nendaku tercita pada hariraya keempat 1994. Kalau dicongak - congak dah hampir 15 atau 16 tahun kembali ke sisi Tuhan Yang Maha Esa . Aku yang masih bernyawa ni entah bila pula gilirannya ..... Namun aku tetap bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa yang diwajibkan kepada semua umat Islam dan juga menunaikan zakat fitrah untuk diriku dan tanggungganku . Bercerita tentang Hari Raya , nampak sangat perbezaannya zaman aku kecil dahulu dengan zaman semasa ... pastinya nostalgia silam sukar untuk dilupakan . Tapi apakah aku mampu mengubah sejarah dan menikmati keindahan yang telah lama ditinggalkan ?

Monday, September 7, 2009

UPSR 2009


Hari 08/09/2009 bermulalah perjuangan terakhir bagi anak - anak didikku yang di Tahun Enam setelah enam tahun menimba ilmu serta bersengkang mata menelaah pelajaran . Masa yang ditunggu - tunggu tiba jua bagi membuktikan bahawa perguruan selama benar - benar berbaloi . Aku turut merasakan debarannya kerana anak sulungku turut sama berjuang bagi merealisasikan sebuah impian dan tiket penentu sebuah kesinambungan kembara ilmu yang pastinya tiada bertitik noktah . Bezanya di mana dan bagaimana ? Saban hari aku berdoa agar kejayaan menjadi miliknya . Bagiku tiada yang lebih indah dan berharga apabila melihat senyuman kejayaan dari wajahnya . Namun apa yang pasti sebagai seorang guru , anakku bukannya seorang tetapi semua yang bergelar pelajar Tahun Enam . Pastinya doaku sentiasa mengiringi kalian ... percayalah !

Friday, September 4, 2009

Salam Untuk Semua

Ramadhan datang lagi dan tanpa disedari ianya telah menghampiri pertengahannya . Jika diawalnya kita mendapat rahmat , maka dipertengahan pula keampunan dan moga - moga diakhiri dengan kejayaan dan kemenangan ( dunia dan akhirat ) . Bagi yang berpuasa genap sebulan ( setakat artikel ini ditulis 15 Ramadhan )... bersyukurlah di atas nikmat yang diberikan dan bagi yang selalu " tuang " muhasabahlah diri ; x - ray lah hati kerana apa yang Allah janji tentang dosa dan pahala adalah benar belaka . Jangan bila kita kembali kepada Nya tanpa membawa sebarang bekalan pahala yang boleh menyelamatkan diri daripada siksa dan azab kubur ... apatah lagi Neraka ( na'uzubillah min za lik ! ) . Bagi seluruh Umat Islam khususnya yang pernah masuk ke laman Anak Banjar ..... barilaan la kita amun ada yang tasilap bahasa tasantuh hatinya dunia akhirat . Lagin kita nih kan kulaan seberataan ....