Ingatlah ... sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian ...

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Sunday, July 27, 2008

Mohd Azrin Bin Abdul Samad ( 09.09.1990 - 27.07.2008)



Kau hadir ke dunia atas kasih sayang ayah dan ibu dan kau kembali diiringi dengan kasih sayang ayah dan ibu dan keluarga yang tercinta . Hadirmu membawa sinar bahagia dan kegembiraan , biarpun ada kalanya kau ' gila - gila ' namun kau adalah adikku , sahabatku . Keakraban mencetuskan kasih sayang seorang abang dan adik . Kau penyeri kehidupanku dengan karenah dan gelagatmu yang tidak pernah kenal erti jemu . Kekuatan semagatmu amat kukagumi hingga ke akhir hayatmu kau tetap tabah menghadapi ujian Illahi ...

Yen ...
Kini kau kembali kepada sang Pencipta , Yang Maha Esa . Sedangkan aku masih bergelut dengan sisa hidup yang entah bila bertemu titik noktahnya . Allah lebih menyayangimu , lantas kau dijemputNya tika usiamu menginjak dewasa . Kau beruntung adikku . Tidak perlu menambah bebanan serta dosa , pahala yang kau kumpul menjadi perisai di negeri abadi .

Yen ...
Abangmu ini hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam sana . Apa yang pasti suatu hari abangmu dan seluruh keluarga pasti akan menyusul jua , bila tiba saat itu ....... Kau akan sentiasa menghiasi kamar hidupku , sekali dan selamanya ..

Saturday, July 26, 2008

Airmata yang berderai ,
siapakah yang yang menyapukan .... ,

Tiada lagi kudengar kidungmu ,
Tiada lagi derai tawamu ,
Hanya kesepian yang kian mencengkam ,
Jiwaku ....

Damailah kau di sana ,
Di sisi Tuhan .... Yang Esa ...











Thursday, July 24, 2008

Tuesday, July 22, 2008

Mengapa Manusia sering lupa ... ?


Pada pendapat aku la ... orang lain aku tak tau lak ..


1 . Perkataan ' insan ' yang berasal daripada Bahasa Arab bermaksud ' lupa '

2 . Umur dah meningkat ... melepasi zon 40 an .

3 . Banyak sangat masalah

4 . Banyak perkara yang dibuat and masa yang suntuk lak tu

5 . Tekanan tempat kerja .

6 . Suasana persekitaran yang tak ceria .

7 . Sudah tertulis di Loh Mahfuz

8 . Haaaa ... yang ni alasan paling munasabah . " saje je buat - buat lupa ....... "

Serba salah la pulak ...


Cerita bab politik semasa begitu mengujakan kerana aku suka mengikuti perkembangannya bukan sebagai seorang 'ahli ' yang fanatik tetapi seorang warga negara yang perihatin kepada permasalahan semasa . Nak jadi cerita , baru - baru ni kan ada debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Chik , aku suka tengok cara Anwar berhujah .... berpandukan fakta dan teori semasa sedangkan Datuk Shabery lak asyik menyerang peribadi Anwar tanpa mengemukakan cadangan balas yang bernas lagi mengancam . Anwar cool aje dengan menjawab ' ... saya tak akan menyerang peribadi beliau kerana tujuan saya di sini adalah untuk berhujah ...( lebih kurang gitulah agaknya ) ..' . So ., orang rumah aku dah buka cerita kata orang kampung dah perasan yang aku banyak menyokong pembangkang ... and katanya lagi aku ni sesuai kalu masuk pakatan pembangkang . Tapi ... yang diaorang tak tahu and sedar ialah sebagai seorang Penjawat Awam .. aku kena bersikap neutral tanpa menyebelahi mana- mana pihak . Dan itulah yang aku lakukan selama ini .... parti bebas ! Aku cuma menyumbangsatu undi yang berharga bagi menentukan hala tuju kerajaan yang memerintah . Salahkah aku mengikuti perkembangan semasa ? Memang seronok menjatuhkan hukuman tanpa dibicarakan dengan seadil - adilnya .

Lupa lak ya mentaliti masing - masing tak sama yea tak ?

Thursday, July 10, 2008

Seni Khat ...









Fikirkan ...

Kita selalu lupa bahawa dalam setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya dan pada masa yang sama sukar untuk menerima hakikat apa yang berlaku . Sombong sangatkah kita kerana bersikap sedemikian atau ianya merupakan sebahagian proses pembelajaran dan peralihan daripada satu peringkat ke peringkat yang lain ?
Di dalam Surah Al 'Asr , manusia digambarkan berada di dalam kerugian yang amat sangat . Tapi masih ramai yang tidak menyedarinya atau pura - pura lupa ? Masa merubah kehidupan manusia dan masa juga menjadikan manusia lupa diri . ' Life begins at forty ' , kata orang barat . Bagi umat Islam , angka 40 merupakan sempadan pemisah antara perubahan ke arah yang lebih baik atau sebaliknya . Manakala angka 60 pula sebagai ' penamat' kepada
' amaran ' yang diberikan ketika melepasi angka '40 ' .
Sekiranya kita berjaya menghalusi mesej yang tersurat dan tersirat dalam Surah Al 'Asr , pastinya kita akan jadi hamba Nya yang lebih bertaqwa . [ Berpesan - pesan dengan kebenaran dan berpesan - pesan dengan kesabaran ] .

Tuesday, July 8, 2008

Al Kindi


Nama penuh beliau ialah Abu Yusuf Ya'akub Bin Ishak Bin Al Sabah Al Kindi dilahirkan di Basrah pada tahun 185 H ( 801 M ) . Meninggal dunia pada tahun 866 M dengan meninggalkan warisan yang tidak ternilai harganya kepada kita semua .


Ketika hayat beliau , terdapat tidak kurang daripada 270 buah karya hasil tulisan yang mencakupi pelbagai bidang ilmu seperti Metafizik , Metamatik , Logik , Geografi , Muzik , Falak , Geometri , Perubatan , Ilmu Tauhid , Sejarah , Kimia , Geologi , pemakanan ,dan sebagainya .


Dalam bidang astronomi , karya Al Kindi yang popular termasuklah Risalah Fi Masail Su'ila Anha Min Ahwalah Al Kawakib ( berkaitan dengan planet - planet ) , Fi Asy Syua'at ( tentang bintang ) , Fi Fashlyn ( berkaitan dua musim ) dan berbagai - bagai lagi .


Al Kindi tidak lokek menurunkan ilmunya kepada mereka yang memintanya dan jauh sekalimerendahkan kelebihan atau kekurangan individu lain . Bagi beliau yang penting ialah tujuan mencari kebenaran oleh setiap sarjana agar kekusutan yang berlaku dapat dihuraikan .

Monday, July 7, 2008

Al Farabi

Nama sebenar beliau ialah Abu Nashr Muhamad Ibn Muahamad Ibn Tharkahan Ibn Auzalag . Dilahirkan pada tahun 259 H ( 872 M ) di Kota Farab yang sekarang ini dikenali sebagai Kota Atrar di Wilayah Turki . Gelaran Al Farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya , Farab . Meninggal dunia pada tahun 339 H ( 951 M ) di Damsyik , Syria ketika berusia 80 tahun .


Nama beliau amat sinonim dengan bidabg falsafah , mantik , sosiologi dan sains . Di barat beliau dikenali sebagai Al Pharabius yang terkenal sebagai 'Guru Kedua ' ( Al Mua'llim Al Thani ) . Sementara ' Guru Pertama ' ialah Aristotle .

Beliau turut mengarang tentang muzik ' Kitab Al Musiqa ' yang amat terkenal . Beliau bukan sekadar pandai bermain alat muzik tetapi turut membuat penemuan baru alat muuzik seperti ' qanun ' , lat muzik yang mempunyai banyak tali .

Biarpun sibuk dengan tugasnya , Al Farabi seorang yang halus sifatnya . baik dari segi tutur kata dan perbuatan. Beliau tidak pernah atau mudah menyakiti hati orang lain . Sebaliknya beliau mudah untuk diajak berbicaradan meluahkan apa jua pandangan .

Ibnu Sina

Nama sebenar beliau ialah Ali Husain Bin Husain Bin Ali Bin Sina . Berdarah Farsi dan merupakan anak kepada pegawai pemerintah . Dilahirkan pada tahun 980 M di Bokhara dan meninggal dunia pada tahun 1037 ketika berusia 57 tahun .

Beliau menghasilkan buku perubatan yang terkenal ' Al Qanun Fit Tibb' yang diiktiraf sebagai buku teks pengajian perubatan di Universiti Polonia pada abad ke 13 . Beliau turut membincangkan sistem peredaran darah 600 tahun lebih awal daripada kajian ahli perubatan Inggeris , ' William Harvey' ( 1578 - 1657 ) .

Karya beliau yang laian ialah dDannesh Nameh , yang ditulis dalam Bahasa Farsi , Uyun Al Hikmah , Kitab An Najah dan As Syifak An Najri . Ibnu Sina belajar ilmu perundangan Islam daripada Ismail Al Zahid , seorang ulama terkenal pada zaman itu dan belajar ilmu Hisab dan Geometri daripada Mahmud Al Masah , seorang pekedai di tempat kediaman beliau . Beliau turut belajar ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Al Natali .

Sunday, July 6, 2008

Taman Asuhan Untuk Suami Malang

Sekadar berkongsi sedikit maklumat yang telah dibaca .

Kita sudah biasa mendengar tentang taman asuhan kanak - kanak , tapi bagaimana pula dengan taman asuhan untuk para suami ? Untuk pengetahauan anda , sebuah bar di Hamburg , Jerman telah dijadikan taman asuhan sedemikian .

Dengan hanya E$11.80 , wanita - wanita di bandar raya itu boleh meninggalkan suami mereka di Noxbar , bagi membolehkan mereka pergi membeli belah dengan aman tanpa perlu mendengar si suami merungut , mengeluh dan membebel . Dengan cara itu , si isteri boleh membeli belah dengan tenang manakala si suami pula dapat bersantai , minum - minum serta berehat dengan rakan - rakan yang senasib .


Setiap lelaki yang dihantar ke bar tersebut akan diberikan lencana dan makanan , dua gelas bir serta menonton telivisyen . Dua orang jururawat terlatih ditugaskan menjaga lelaki - lelaki berkenaan . Berdasarkan sambutan hangat yang diberikan oleh warga Hamburg , ' Maennergarten ' dirancang untuk dikembangkan lagi operasinya ke kota - kota lain di seluruh dunia bagi menangani tekanan membeli belah yang dihadapi oleh lelaki dan wanita .

Pada minggu pertama pembukaannya pada Oktober 2003 , Maennergarten telah mendapat sambutan hangat apabila 27 orang wanita meninggalkan pasangan mereka di Noxbar pada hari Sabtu . Lelaki - lelaki itu diambil semula pada pukul 6.00 petang untuk membawa barang - barang yang dibeli oleh pasangan masing - masing . Siapa yang untung sebenarnya ?

( Petikan dari sebuah artikel di Majalah Mastika keluaran April 2008 , mukasurat 62 . )

Saturday, July 5, 2008

Pepatah Petitih

Cuba kita sama - sama renungkan bersama beberapa contoh pepatah Melayu dan fikirkan impaknya kepada kita semua .
1 . Dihentak -hentak tak masuk , dihumpil tak bergerak , direndam tak basah , direbus tak lembik ,dijemur tak lekang dan dibakar tak hangus !
2 . Kikir pari belulang kering , direndam tujuh hari tak basah ( dan tak juga berkarat )
3 . Seperti meluruskan ekor beruk .
4 . Seperti mengepal pasir kering , bila buka genggaman maka pasir itu terbarailah .
5 . Nafsu nafsi raja di mata , sultan di hati .

Kesemua pepatah Melayu di atas membawa maksud yang hampir sama iaitu sifat dan kelakuan manusia yang tidak mahu menerima pandangan orang lain dan pada masa yang sama melakukan dan mengulangi kesilapan yang serupa . Di dalam bahasa yang mudah ' degil ' .

Kita lihat pada hari ini ramai yang terlibat dengan gejala dadah , curi , vandalisme , merempit dan sebagainya . Walaupun pernah dikenakan pelbagai tindakan seperti dipenjarakan namun itu semua tidak merubah sikap mereka . Perkataan serik tidak ada di dalam kamus hidup mereka .

Tambah menghairankan lagi sikap segelintir manusia mendapat sokongan padu daripada ibubapa dan rakan ' sepermainan ' . Ada juga golongan yang ingin merubah keadaan dengan memberikan nasihat serta teguran . Namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi . Umapama teguran ikhlas yang diberikan kepada seorang bapa mengenai sikap anaknya yang suka berpoya dan mengganggu ketenteraman awam . Jawapan yang diterima , " Awak apa peduli dengan anak saya / keluarga saya ? " ........

Masya Allah .

Ex Hamidians 1980 - 1982 ( SRP ) / 1984 ( SPM )

Sebahagian daripada Ex Hamidians Batch 1980 ( Generasi keempat ) yang hadir di Majlis Reunion Alumni 2008 kat SMKA Maahad Hamidiah , Sungai Ramal , Kajang , Selangor . Kalau dulu masa sekolah masing - masing slim dan bergaya . La ni masing - masing control berat la pulak ...


Kalau dulu sebagai pelajar , sekarang dah jadi mak and bapak orang and maybe tak lama lagi bakal jadi datuk n nenek hakiki . Begitu cepat masa berlalu tanpa meninggalkan sebarang pesan . Cuba teka yang mana satu ' aku ' ? Sesungguhnya kenangan di Maahad Hamidiah adalah sesuatu yang amat berharga dan sukar untuk di cari ganti . Kengkawan yang masih ingat lagi kat aku , good luck to all of you and kepada yang telah pergi mengadap Illahi hanya iringan doa yang dapat kukirimkan sebagai seorang kawan dan sebagai seorang saudara seagama . Moga roh kalian ditempatkan dikalangan hamba - hambaNya yang beriman .

Kepada Ustaz Ghazali ..... sesungguhnya segala penat lelah serta kesabaran anda sebagai warden dan guru dalam mendidik kami , begitu bermakna buat kami . Tiada apa yang lebih tinggi nilainya daripada ungkapan ' terima kasih ' ustaz / cikgu @ ayah ..........

Thursday, July 3, 2008

Kenapa ? Tak Percaya .....

Aku memang anak banjar jati . Kenapa tak caya ke ?Bapak and emak memang orang banjar cuma aku la ni duduk dengan masyarakat yang almost 98 % Jawa . Amun kadak basurah banjar bukan urang banjar la ? Cam ni la ... abapak aku banjar Kandangan , mak lak banjar Berabai . Aku hinkat basurah banjar gin karana aku lawas baganak awan paninian balah umak . Amun kadak ngalih juak la especially akalu nak communicate dengan pak - pak sedara and nenek sedara yang ada antara mereka yang tak tau nak basurah Melayu . Aku la ni kira international la gamaknya ... cam - cam bahasa dah masuk . Anak - anak aku tak tau buleh ke kadak kayena bila ganal basurah banjar . Wayah ni hudah banyak kada lagi bisa basurah bahasa ibunda masing - masing . So , kalau ada yang share volcab bahasa banjar sanagat di alu - alukan . Bolehlah nanti aku listkan untuk tatapan khusunya untuk generasi muda . Jangan lak nanti banjar hilang dari mukabumi bila yang veteran and senior dan inna lillah wa inna ilahi rajiun .

" Ala ... amun handaq tuh , kawak hajak ...."

Banjar Tanjong Karang
Blok G2 Sawah Sempadan

Tuesday, July 1, 2008

Rukun Negara



Mari kita sama - sama hayati prinsip - prinsip RUKUN NEGARA berikut dan cuba fikir - fikirkan apakah implikasi semasa yang terjadi pada hari ini .

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang - undang
Kesopanan dan kesusilaan

National Philosophy Of Education


Education in Malaysia is an on- going effort towards further developing the potential of individuals in a holistic and integrated manner , so as to produce individuals who are intellectually , spiritually , emotionally and physically balanced and harmonious , based on a firm belief in and devotion to God . Such an effort is designed to produce Malasian citizens who are knowledgeable and competent , who posses high moral standards , who are responsible and capable of achieving a high level of personal well being as being able to contribute to the harmony and betterment of the family , society and nation at large .

e-Solat



Allah SWT mendedahkan di dalam Al Quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi virus resah gelisah dan bakhil disamping pelbagai worm sifat keji yang lainnya . Solat adalah satu -satunya perisian yang boleh membersihkan worm ini dan semua virus yang ada .

Firman Allah SWT :

" Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah ( lagi bakhil kedekut ) . Apabila ia beroleh kesenangan , ia sangat bakhil , kedekut ; kecuali orang yang mengerjakan Solat " .