Ingatlah ... sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian ...

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Thursday, September 23, 2010

UPSR 2010


Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan UPSR 2010 hanya menanti hasilnya sahaja . Kalau tahun lepas aku tak kena jadi pengawas peperiksaan tahun ni tak dapat lari .... timbalan ketua pulak tu . Kalau nak dikira - kira dah dekat 10 tahun aku jaga UPSR sejak pindah ke SK Bukit badong ni penghujung 1995 lalu . Tak kisah lah bukankah ianya sebahagian daripada tugasan seorang guru dan ianya adalah " rasmi " . Anyway good luck and all the best kepada semua calon yang mengambil UPSR tahun ini semoga beroleh kejayaan yang cemerlang . Sekali gagal bukannya bererti gagal untuk selamanya . Think positive !!!

Sunday, April 4, 2010

Cemerlang tidak semestinya terbilang


Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya . 2010 pula dah masuk bulan April . pejam celik dah hampir 4 bulan berlalu .... Anak aku yang sulung dah pun Tingkatan 1 . Dapat 5A tapi dok belajar di sekolah biasa . Sekolah Agama Rendah dapat Mumtaz ... pun tak ke mana . Hajat hati nak masukkan ke SMKA tapi tak kesampaian maklumlah aku ni bukan kaki " panjat memanjat " menagih simpati dari orang tertentu . Kat SMKA ramai yang dapat 4A .... camna ye boleh terlepas . Agaknya SMKA bukan untuk anak - anak yang cemerlang kot ? Tapi tak kisah la kalau dah rezeki anak aku kat sekolah biasa sekurang kurangnya nampak depan mata dan mudah memantau pergerakan nya . Aku bukannya jelous tapi confuse dengan sistem pendidikan yang aku dok perjuangkan selama ini . Kena pulak aku ni bekas JU yang terlibat dengan perubahan sukatan pelajaran satu masa dulu ..... isk isk Ada gak kengkawan aku yang cikgu , anak cemerlang tapi habuk pun tarak . Ada sorang tu siap ikut program permata pintar lagi ...... ala Isteri PM punya program ...... Anyway tahniah kepada semua pelajar yang berjaya ke SBP /SBPI / MRSM dan yang sewaktu dengannya .... pastikan kalian benar - benar cemerlang dan jangan sesekali memalukan mak bapak !

Friday, January 29, 2010

Aku Naik Pangkat laaaa


Kalau tahun tahun sebelum ni aku hanya bertindak sebagai ajk badan disiplin , tahun ni aku jadi ketua la pulak selepas lebih 13 tahun yang lalu , aku last jadi guru disiplin kat sk taman cuepacs , cheras . Dulu muridnya hampir 3000 orang aku boleh handle tapi kat sini tak sampai 1000 dah macam macam kerenah . Soalnya ialah mak bapak sekarang susah nak terima kenyataan anaknya buat salah . Rasanya bekas - bekas anak murid aku kat sk taman cuepacs lebih tahu dan faham apa yang aku perkatakan terutamanya yang biasa ' kena bagi hadiah istimewa ' dengan aku dulu . Dengar cerita semua yang pernah kena dulu jadi manusia berguna walaupun cukup lepas diri sendiri . Yang penting jadi manusia and rezeki tu halal . Bila fikir - fikir balik tension jadi guru disiplin ni . Yea la macam polis tak bergaji asyik cari salah orang je . Well tugas tetap tugas kerana yang penting niat aku nak menjadikan anak didikku insan yang berguna dunia akhirat dan mecegah sesuatu yang tak sepatutnya berlaku sebelum terlambat !

Tuesday, November 3, 2009

Kalian sentiasa dalam ingatanku .....


Hari demi hari usia kian bertambah . hari demi hari jua anak muridku kian dewasa . Kalau dulu anak kecil yang dahagakan ilmu . Hari ini sudah jadi " manusia " . Masing - masing dengan kerjaya tersendiri . Ada yang berjawatan tinggi dan tidak kurang juga sekadar lepas diri sendiri . Tapi tak apa nasib dan perjalanan adalah ketentuan illahi . Jangan sekali - kali dikesalkan kerana setiap suatu itu ada hikmahnya . SK Dato' Manan , SMK Bdr Baru Salak Tinggi , SRJK(C) Damansara Bahru , SK Bukit Kerayong , SK Taman Cuepacs dan di sini SK Bkt Badong ......... sekadar menambah koleksi catatan sejarah hidupku . Apa jua kerjaya ... aku tumpang gembira sekiranya ianya menjurus ke arah kebaikan dan turut bersedih andainya ada yang tersungkur sebelum sempat berjuang ..... Doaku agar kalian tabah menghadapi rencah kehidupan . andainya kalian terbaca catatan ini .... bermakna kalian masih mengingatiku biarpun suatu ketika dahulu pernah merasa berbagai hadiah sebagai pengajaran dan bekalan di hari mendatang . Aku insan yang pernah kalian kenali dahulu dan selamanya .......

Haji Mohd Zaini Abdul Samad / Ustaz Mohd Zaini / Sir Mohd Zaini ....... di SK bukit Badong , 45600 Bestari Jaya , Selangor .

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya


Aidil Fitri datang lagi dan begitulah ceritanya sebagaimana tahun terdahulu ... umat Islam bermaaf - maafan tanpa mengira usia tua atau muda . Bagiku kehadiran Aidil Fitri 1430 H menggamit kembali kenangan silam pemergian nendaku tercita pada hariraya keempat 1994. Kalau dicongak - congak dah hampir 15 atau 16 tahun kembali ke sisi Tuhan Yang Maha Esa . Aku yang masih bernyawa ni entah bila pula gilirannya ..... Namun aku tetap bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa yang diwajibkan kepada semua umat Islam dan juga menunaikan zakat fitrah untuk diriku dan tanggungganku . Bercerita tentang Hari Raya , nampak sangat perbezaannya zaman aku kecil dahulu dengan zaman semasa ... pastinya nostalgia silam sukar untuk dilupakan . Tapi apakah aku mampu mengubah sejarah dan menikmati keindahan yang telah lama ditinggalkan ?

Monday, September 7, 2009

UPSR 2009


Hari 08/09/2009 bermulalah perjuangan terakhir bagi anak - anak didikku yang di Tahun Enam setelah enam tahun menimba ilmu serta bersengkang mata menelaah pelajaran . Masa yang ditunggu - tunggu tiba jua bagi membuktikan bahawa perguruan selama benar - benar berbaloi . Aku turut merasakan debarannya kerana anak sulungku turut sama berjuang bagi merealisasikan sebuah impian dan tiket penentu sebuah kesinambungan kembara ilmu yang pastinya tiada bertitik noktah . Bezanya di mana dan bagaimana ? Saban hari aku berdoa agar kejayaan menjadi miliknya . Bagiku tiada yang lebih indah dan berharga apabila melihat senyuman kejayaan dari wajahnya . Namun apa yang pasti sebagai seorang guru , anakku bukannya seorang tetapi semua yang bergelar pelajar Tahun Enam . Pastinya doaku sentiasa mengiringi kalian ... percayalah !

Friday, September 4, 2009

Salam Untuk Semua

Ramadhan datang lagi dan tanpa disedari ianya telah menghampiri pertengahannya . Jika diawalnya kita mendapat rahmat , maka dipertengahan pula keampunan dan moga - moga diakhiri dengan kejayaan dan kemenangan ( dunia dan akhirat ) . Bagi yang berpuasa genap sebulan ( setakat artikel ini ditulis 15 Ramadhan )... bersyukurlah di atas nikmat yang diberikan dan bagi yang selalu " tuang " muhasabahlah diri ; x - ray lah hati kerana apa yang Allah janji tentang dosa dan pahala adalah benar belaka . Jangan bila kita kembali kepada Nya tanpa membawa sebarang bekalan pahala yang boleh menyelamatkan diri daripada siksa dan azab kubur ... apatah lagi Neraka ( na'uzubillah min za lik ! ) . Bagi seluruh Umat Islam khususnya yang pernah masuk ke laman Anak Banjar ..... barilaan la kita amun ada yang tasilap bahasa tasantuh hatinya dunia akhirat . Lagin kita nih kan kulaan seberataan ....

Monday, August 17, 2009

Kawa jua ka kadak lagi basurah banjar ....


Hudah lawas bangat aku kada basurah banjar imbah datuk awan paninianku maninggal . Lagi wayah ni aku baganak di kawasan urang Jawa ( biniku urang Jawa ... taga aku kada bisa jua basurah Jawa walau hudah 14 tahun di siya .)
Bahari hingkat jua basurah banjar ... datuk ku kadak bisa basurah selain dari banjar . Jadi kana jua la basurah banjar . Sasakali batamuan awan kulaan banjar ... di pasar malam ka kursus ka , hanyarlah basurah . nitu gin kada kaya urang banjar lain yang banyak " volcabulary " nya . Supan jua ... anak banjar kada pati bisa basurah banjar lagi . Mun apa juak tajadi ... aku babangga manjadi anak banjar biarpun saikit - saikit hilang " ka banjarannyak " .


Well ... once a banjar ; forever a banjar . Banaran kadak ?

Sunday, March 1, 2009

Setahun sudah berlalu .....

Dalam diam tak diam dah stahun lebih aku pulang daripada menunaikan rukun Islam yang ke 5 . Kenangan yang tidak akan dilupakan untuk selamanya . Apatah lagi aku dapat peluang bertamu ke rumah Allah SWT yang menjadi idaman setiap umat Islam . Tipulah kalau setiap insan yang telah ke sana mengatakan bahawa mereka tidak rindu untuk kembali bertamu . Aku pun tak terkecuali . jauh di sudut hati ini mengharapkan agar suatu hari nanti aku akan kembali mengunjungi rumah Allah tak kiralah sama ada untuk menunaikan Ibadah Haji atau atau sekadar menunaikan umrah . Apa yang pasti aku akan bawa anak - anakku bersama menghayati keagungan Illahi dan menyucikan diri dari segala dosa . Kepada saudara - saudara seislamku , berniatlah dan berusahalah agar dapat menunaikan seruan Illahi di samping melengkapkan rukum Islam yang 5 sementara usia masih muda dan kudrat masih ada . Wang ringgit boleh dicari tapi soalnya ialah sama ada hendak atau tidak sahaja . Setiap yang baik itu akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT . Kalau nak tunggu lapang dan cukup wang , sampai bila pun tak kan jadi ....... Bukankah setiap niat yang baik itu dicatat sebagai pahala dan bila ditunaikan akan berganda jadinya ?

Dah tua rupanya aku ni ......


Minggu lepas tak pasal 2 - 3 hari kepala aku berdenyut semacam je . Nak kata migrain tak jugak , check tekanan darah , doktor kata ok cuma lebih sikit je . Abih tu aku tanya la apa sebabnya . So , kata doktor mungkin berpunca daripada cermin mata . Power tak sekata . Sampai sekarang ni masih terasa kesannya . Dah tukar cermin mata pun masih ada lagi denyutnya . Kesimpulan yang aku boleh buat cuma satu iaitu aku dah masuk zon 40 an and masa ni la macam penyakit start bagi salam . Apa lagi nak beringat selalu la jawabnya ! Kepada geng yang dah 40 an tu sedo la diri sikit ye .... kita ni bukannya muda lagi . Kesihatan nak kena jaga juga . Jangan maree !

Saturday, December 20, 2008

Cerita seorang " mahasitua " ( mahasiswa )

Tanggal 17 November 2008 , sejarah tercatat dalam kamus kehidupanku . Buat kesekian kalinya aku kembali ke maktab untuk menuntu ilmu . Bezanya kali ini aku akan mengikuti ijazah sarjana muda perguruan anjuran Kementerian Pelajaran selama 4 tahun . Lebih tepat lagi Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ( PGSR ) .

Banyak yang perlu dilakukan bagi mengembalikan semula ' semangat ' belajar setelah hampir dua dekad mendidik anak bangsa . Perasaanku berbaur dengan berbagai persoalan . Mampukah aku menruskan perjuangan sehingga bergelah siswazah ? Well you don't know what will happened unless you try !

Friday, October 31, 2008

Sekolah dah dekat nak cuti .......


Assalamualaikum wbth


La ni tengah musim periksa akhir tahun bagi murid - murid sekolah rendah and menengah ( selain PMR / SPM / STPM ) . Murid sibuk .. cikgu laaaaaagi sibuk coz nak menyemak kertas jawapan sebelum tutup sekolah . Periksa tu satu satu tapi ada satu perangai yang tak seronok tapi benar ... ada segelintir cikgu kelas sibuk nak markah periksa dengan kadar segera tapi bila bila kena turn dia lak buat - buat lupa pulak . Kura - kura lagi laju . Paling baik sekali kalau semua cikgu bersifat gentleman n professional . Tau apa nak buat and tau lak jaga hati orang lain . Sesibuk mana sekalipun silaturrahim perlu diutamakan .


Budak - budak sekolah pulak masa ni la nak lawan sapa paling banyak ponteng sekolah . Alasan .... tak belajar dah .. nak cuti . Belajar ni bukan setakat nak periksa sahaja tapi sepanjang hayat . " tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad " . Tak caya ke ? Habis tu kenapa sebagai seorang Islam ... bila dah nazak diajarkan mengucap ? Kan ke bukti yang tak boleh dipertikaikan lagi kebenarannya .


Cikgu cikgi ... jangan mare and tension nanti hilang seri ...... takut tua sebelum masa ... he .. he .. he ... !

Monday, September 29, 2008

Raya la pulak .....

Bulan Ramdhan kian sampai ke penghujungnya . Alangkah sedihnya kerana terpaksa berpisah dengan bulan yang dengan rahmat , keampunan dan kejayaan bagi insan yang setia menunaikan kewajipan dan suruhan Tuhan . Apakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan ? Raya tu raya jugak .... bab - bab yang wajib jangan dilupakan . Rajin - rajin lah sambung dengan puasa sunat aidil fitri ( puasa enam ) .

Sesungguhnya setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza tentang Hari Raya so ... tak kisahlah janji raya beb ..... aku ..... well kalau dengar lagu raya tak berapa sedih sangat tapi bila dengar lagu - lagu Pergi Tak kembali - Rabbani 'n' Salam Terakhir - Sudirman , pasti menusuk kalbu ..... Maaf Zahir Bathin ......

Tuesday, August 5, 2008

Mari fikirkan bersama ....


Tadi aku pergi mengikuti kursus ICTL anjuran PPDKS di SK Parit Mahang . Memang menarik kerana banyak yang dapat dipelajari . Teringat pulak aku kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud , " menuntut ilu itu menjadi kewajipan kepada setiap umat manusia ( muslimin dan muslimat ) " . Terasa begitu kerdil jika dibandingkan dengan ilmu yang dimiliki oleh rakan - rakan yang lain . Tapi kalau nak dibandingkan dengan apa yang Allah SWT beri kepada manusia seperti maksud firmannya ," dan tidak berikan ilmuKu kepada manusia kecuali sedikit sahaja " .


Banyak mana ya ilmu yang Allah beri kepada manusia yang paling genius di antara kita semua ? Sebuah perumpamaan menggambarkan seperti berikut : " jika dicelupkan sebatang jarum di lautan yang luas terbentang , apa yang menitis daripada mata jarum tersebut adalah ilmu yang diberikan kepada manusia " .


Kesimpulannya ..... mengapa mesti hendak meyombong diri dengan ilmu yang ada . Siapa kita sebenarnya yang hendak bermegah - megah . Realitinya ..... menuntut ilmu tidak akan berakhir sampai bila - bila kecuali bila sudah ke titik penghabisan usia kita . Fullstop !

Monday, August 4, 2008

Doa Selepas Solat


Doa selepas solat :


" Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam , Pujian yang melengkapi segala nikmatNya dan membalas limpah kurnia Nya , Ya Allah wahai Tuhan kami kepada Mu sahaja segala jenis kepujian itu bagaimana yang sesuai dengan kebesaran zat kerajaan Mu .


Ya Allah cucurkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat yang akan menyelamatkan kami daripada segala kehuru haraan dan kerosakan dan Engkau tunaikan dengannya segala maksud dan hajat . Engkau sucikan kami dengan sebabnya daripada segala kejahatan dan Engkau angkatkan kami dengan sebabnya di sisi Mu setinggi - tinggi darjah kemuliaan Engkau . Sampaikan dengan sebabnya sejauh - jauh tujuan kebaikan, baik pada masa hidup mahupun sesudah mati .


Ya Allah Tuhan kami , kami memohon kepada Mu nikmat secukupnya , mohon kesihatan selama - lamanya , mohon afiat sejaya - jayanya , mohon rezeki semewah - mewahnya , mohon umur setuah - tuahnya , mohon ihsan sepenuh - penuhnya , mohon nikmat sebanyak - banyaknya , mohon anugerah seenak - enaknya , mohon sifat lembah lembut sebesar - besar faedahnya .


Ya Allah kurniakanlah manfaat kepada kami dan janganlah kiranya Engkau timpakan mudarat ke atas kami .


Ya Allah wahai Tuhan kami , akhirkanlah umur kami dengan kebahgiaan , tentukan kelebihan ke atas cita - cita kami , sertakan sihat afiat kepada diri kami dan jadikan akhir tempat kembali kami dalam cucuran rahmatMu . Cucurkan limpah limpah keampunanMu menghapuskan dosa kesalahan kami . Kurniakanlah lindungan menutupi cacat cela kami , jadikan taqwa bekalan akami , mematuhi agamaMu sepenuh - penuh tenaga kami , kepadaMu kami berserah dan kepadaMu kami bergantung .


Ya Allah wahai Tuhan kami , tabahkan hati kami mengikuti jalan teguh pendirian , lindungkan kami di dunia ini daripada punca - punca pendorong kesesalan di hari kemudian , Ringankan kami daripada bebanan dosa , sebaliknya hidupkanlah kami sebagai hidup orang - orang yang berjasa di samping mengelakkan kami daripada bencana kejahatanorang - orang yang durjana .


Ya Allah wahai Tuhan kami , bebaskan diri kami , ibu bapa kami , guru - guru kami , saudara mara kami dan seluruh keluarga kami daripada azab siksa kubur dan azab sengasara neraka ; di bawah limpah rahmatMu jua Ya Allah Tuhan yang Maha Perkasa , Tuhan pelindung dosa kesalahan hamba , Tuhan yang bersifat Maha Lembut , Maha Gagah .


Ya Allah , Ya Allah , Ya Allah .... Tuahn sebaik - baik yang memberi rahmat , sesungguhnya Dikaulah sahaja yang Maha Kuasa mengatasi segala - galanya .


Cucurilah Ya Allah , rahmat dan sejahtera Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW , ahli keluarganya serta para sahabtnya , Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam ......."


Amin Ya Rabbal 'Alamin .

Sunday, July 27, 2008

Mohd Azrin Bin Abdul Samad ( 09.09.1990 - 27.07.2008)



Kau hadir ke dunia atas kasih sayang ayah dan ibu dan kau kembali diiringi dengan kasih sayang ayah dan ibu dan keluarga yang tercinta . Hadirmu membawa sinar bahagia dan kegembiraan , biarpun ada kalanya kau ' gila - gila ' namun kau adalah adikku , sahabatku . Keakraban mencetuskan kasih sayang seorang abang dan adik . Kau penyeri kehidupanku dengan karenah dan gelagatmu yang tidak pernah kenal erti jemu . Kekuatan semagatmu amat kukagumi hingga ke akhir hayatmu kau tetap tabah menghadapi ujian Illahi ...

Yen ...
Kini kau kembali kepada sang Pencipta , Yang Maha Esa . Sedangkan aku masih bergelut dengan sisa hidup yang entah bila bertemu titik noktahnya . Allah lebih menyayangimu , lantas kau dijemputNya tika usiamu menginjak dewasa . Kau beruntung adikku . Tidak perlu menambah bebanan serta dosa , pahala yang kau kumpul menjadi perisai di negeri abadi .

Yen ...
Abangmu ini hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam sana . Apa yang pasti suatu hari abangmu dan seluruh keluarga pasti akan menyusul jua , bila tiba saat itu ....... Kau akan sentiasa menghiasi kamar hidupku , sekali dan selamanya ..

Saturday, July 26, 2008

Airmata yang berderai ,
siapakah yang yang menyapukan .... ,

Tiada lagi kudengar kidungmu ,
Tiada lagi derai tawamu ,
Hanya kesepian yang kian mencengkam ,
Jiwaku ....

Damailah kau di sana ,
Di sisi Tuhan .... Yang Esa ...











Thursday, July 24, 2008

Tuesday, July 22, 2008

Mengapa Manusia sering lupa ... ?


Pada pendapat aku la ... orang lain aku tak tau lak ..


1 . Perkataan ' insan ' yang berasal daripada Bahasa Arab bermaksud ' lupa '

2 . Umur dah meningkat ... melepasi zon 40 an .

3 . Banyak sangat masalah

4 . Banyak perkara yang dibuat and masa yang suntuk lak tu

5 . Tekanan tempat kerja .

6 . Suasana persekitaran yang tak ceria .

7 . Sudah tertulis di Loh Mahfuz

8 . Haaaa ... yang ni alasan paling munasabah . " saje je buat - buat lupa ....... "

Serba salah la pulak ...


Cerita bab politik semasa begitu mengujakan kerana aku suka mengikuti perkembangannya bukan sebagai seorang 'ahli ' yang fanatik tetapi seorang warga negara yang perihatin kepada permasalahan semasa . Nak jadi cerita , baru - baru ni kan ada debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Chik , aku suka tengok cara Anwar berhujah .... berpandukan fakta dan teori semasa sedangkan Datuk Shabery lak asyik menyerang peribadi Anwar tanpa mengemukakan cadangan balas yang bernas lagi mengancam . Anwar cool aje dengan menjawab ' ... saya tak akan menyerang peribadi beliau kerana tujuan saya di sini adalah untuk berhujah ...( lebih kurang gitulah agaknya ) ..' . So ., orang rumah aku dah buka cerita kata orang kampung dah perasan yang aku banyak menyokong pembangkang ... and katanya lagi aku ni sesuai kalu masuk pakatan pembangkang . Tapi ... yang diaorang tak tahu and sedar ialah sebagai seorang Penjawat Awam .. aku kena bersikap neutral tanpa menyebelahi mana- mana pihak . Dan itulah yang aku lakukan selama ini .... parti bebas ! Aku cuma menyumbangsatu undi yang berharga bagi menentukan hala tuju kerajaan yang memerintah . Salahkah aku mengikuti perkembangan semasa ? Memang seronok menjatuhkan hukuman tanpa dibicarakan dengan seadil - adilnya .

Lupa lak ya mentaliti masing - masing tak sama yea tak ?